Sebelum di Jenamakan semula Batik Air Malaysia

Malindo Air Sdn Bhd, (melakukan perniagaan sebagai Malindo Air) ialah sebuah syarikat penerbangan yang berpengkalan di Petaling Jaya. Ia ialah kerjasama antara National Aerospace & Defense Industries (NADI) (51%), Malaysia dengan Lion Air, Indonesia (49%).[15] Nama "Malindo" berasal daripada nama negara masing masing: Malaysia dan Indonesia.

Malindo Air bercadang untuk memulakan operasi pada 1 Mei 2013 dari terminal baru KLIA2. Walau bagaimanapun, Malindo Air mengawalkan tarikh pelancaran ke pertengahan Mac 2013 dengan destinasi domestik.[16][17] Syarikat penerbangan ini hanya menawarkan tempat duduk kelas ekonomi dan kelas perniagaan.

NADI ialah syarikat baik pulih pesawat (AIROD) yang beroperasi di Subang. PT Lion Group mengendalikan Lion Air untuk operasi Jet dan Wings Air bagi operasi ATR72 turboprop yang berpusat di Jakarta, Indonesia .

Usahasama ini dilakukan kerana Indonesia mempunyai pasaran yang luas dalam industri penerbangan domestik berbanding Malaysia. Ianya bukan sahaja mencatatkan satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara tetapi juga mencerminkan hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia. Penerbangan ini menawarkan dua kelas tempat duduk iatu 12 kelas perniagaan dan 168 tambang murah. Pesawat ini juga dilengkapi dengan sistem hiburan pesawat terkini pada setiap tempat duduk penumpang.

Akronim MALINDO, menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, ialah gabungan indah nama Malaysia dan Indonesia yang mempunyai nilai sejarah yang amat signifikan, memaparkan pertalian sejarah yang sekian lama terjalin antara rakyat kedua-dua negara.[18]

Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu di Malaysia akan digunakan sebagai hub penerbangan ke negara-negara ASEAN dan Asia. Bali di Indonesia juga akan dijadikan sebagai hub penerbangan Malindo Air ke Australia. Penumpang dari KLIA2 boleh menggunakan Bali sebagai sambungan penerbangan ke Australia.

Presiden NADI, Tan Sri Ahmad Johan dan Pengarah Presiden P.T. Lion Grup, Rusdi Kirana mengumumkan selepas majlis pertukaran dokumen perjanjian (MoU) dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Palace of the Golden Horses, Sri Kembangan, Selangor pada Selasa 11 September 2012.

Perkhidmatan dijangka beroperasi pada Mei 2013 selepas KLIA 2 siap. Operasi perkhidmatannya seperti syarikat penerbangan premium tetapi harga tiketnya seperti penerbangan kos rendah. Namun ianya dipercepatkan ke Mac 2013, dan memulakan penerbangannya di KLIA kerana pada masa itu KLIA 2 masih lagi belum siap sepenuhnya.

Rujukan

WikiPedia: Batik Air Malaysia http://www.airpaz.com/en/airlines/OD-Malindo-Air http://english.astroawani.com/business-news/malind... http://www.astroawani.com/berita-bisnes/malindo-ai... http://avherald.com/h?article=4b789227&opt=0 http://www.bangkokpost.com/news/transport/1201469/... http://finance.detik.com/read/2013/03/07/151654/21... http://finance.detik.com/read/2013/03/21/102841/21... http://economytraveller.com/malindo-air-adds-etiha... http://flymalindo.com/ http://www.routesonline.com/news/38/airlineroute/2...